Cerita Ragbi 2015

Keseronokkan Bekerja


Mengimbau kembali, 1 November 2007 tarikh aku posting di sekolah, ketika itu tiada visi dan target lagi untuk menyumbang sesuatu kepada sekolah. Hari ini 1 November 2015 sudah genap 8 tahun aku berkhidmat sebagai seorang guru. Jika di imbau kembali first posting, bagi aku sangat mencabar sebab ketika itu aku tiada lagi pengalaman mengajar, ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang tidak berapa membantu, aku ditempatkan disekolah biasa yang mempunyai pelajar yang pelbagai ragam. Pernah satu ketika, aku mempunyai hasrat untuk berhenti bekerja. Satu hari aku berfikir aku kena melakukan sesuatu, aku kena cari minat apa yang aku boleh sumbangkan untuk sekolah , supaya aku merasa seronok untuk ke sekolah dan mampu untuk bertahan mengalas tanggungjawab sebagai seorang guru sehingga usiaku mencecah 60 tahun. Aku mempunyai minat yang mendalam di dalam Sukan Ragbi, jadi aku bertekad untuk menubuhkan satu pasukan ragbi sekolah. Alhamdulillah kini pasukan Rugbi SMKSKI telah berjaya membina empayarnya tesendiri.

Keluarga Besar


My big family terdiri daripada Champion u14 & u16 cup category dan u15 runner up bowl. Sedikit perkongsian dipermulaan tertubuhnya keluarga besar ini, semua pemain di latih dari seawal tingkatan satu. Waktu yang paling penting ketika proses pembangunan seseorang individu adalah ketika mereka berada di tingkatan 1 dan 2, kerana ketika mereka berada di tingkatan 3 mereka sudah mula boleh bergerak sendiri untuk membuat latihan mahupun dari segi tektikal.

Pasukan dibawah kelolaan aku, aku biasakan untuk mereka bergerak dalam satu pasukan seperti satu syarikat, unsur bekerjasama adalah elemen paling penting. Sedia maklum untuk melakukan aktiviti, kewangan adalah satu perkara yang paling penting. Ketika itu, kami mendapatkan bantuan kewangan daripada peruntukkan sekolah dan juga hasil usaha kami sepasukan. Pelbagai aktiviti kami lakukakn untuk mendapatkan wang, diantaranya kami menjual keropok lekor. Kami tiada bajet khas. Apa yang perlu kami lakuakan adalah modal berani untuk melakukan dan jangan sesekali mengeluh.
Di sekolah ini kami tiada jersi tambahan, ketiga-tiga pertandingan yang kami sertai semuanya menggunakan jersi yang sama, bagi aku biarlah pasukan kami tiada jersi yang gempak asalkan mempunyai skill dan corak permainan yang hebat. Kalah dan menang adat pertandingan.  Siapa sangka u16 membuktikan tanpa Rahmat (pelajar kebangaan sekolah) mereka juga mempu meraih kemenangan dan cuba menghasilkan Rahmat versi 2.0. Sedikit aku kongsikan tentang ulasan ku selepas melihat mereka bermain, u15 kekurangan dari segi tiada winger yang laju tetapi banyak peningkatan dari sebelumnya, tapi sarananku kepada para pemain, mereka perlu banyak lagi membuat latihan. Dengan wang kemenangan sebanyak RM600 ini aku gunakan untuk belanja KFC, untuk memberi semangat dan motivasi kepada pemain2.Kejayaan ini mengulangi nostalgia tahun 2013 dimana u14 meraih johan cup dan u16 meraih naib johan. Tahun 2014 prestasi agak jatuh kami cuma berjaya meraih johan bowl u14. Pada tahun ini 2015, kami bangkit dengan semangat baru dan pemain2 yang masih fresh dan berdarah muda.


Bergambar kenangan dengan pingat masing-masing
Keropok lekor yang hendak dijual untuk mendapatkan dana




No comments:

Post a Comment