Hasil gotong royong sambil training u13 u14, taktikal yg digunakan apa-apa perkara, kita kena buat dengan seronok dan
bahagia. Kalau saya cakap esok ada aktiviti menanam rumput , for sure pelajar yang datang tu mesti seciput. Saya merupakan seorang guru di sekolah harian. Mengajar di sekolah
harian memerlukan pendekatan yang berbeza. Guru perlu bijak menarik minat pelajar, pelajar ni bila diorang seronok barulah diorang datang. So, saya bagitahu hari ni ada training dan buat padang. Itu yang datang sejuta
orang. Nampak tak permainannya disitu 😂
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada u13 u14 yang
bergotong royong untuk membuat padang. Padang ini bukan untuk orang lain, untuk pelajar juga untuk melakukan aktiviti. Walaupun cuma sedikit yang kami mampu buat, tetapi itu adalah lebih baik daripada lansung tiada usaha untuk membuatnya.
Dengan usaha dan titik peluh sendiri pastinya para pelajar akan lebih menghargai padang sekolah ini, dan sekali-kali tidak membenarkan orang lain untuk merosakkan padang ini. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat. Jasamu dikenang.

Pelajar memulakan proses menanam rumput |
Bergambar kenangan dengan rumput yang di tanam |
Good job
ReplyDelete