Sejarah

Sejarah Penubuhan Pasukan Ragbi SMK Sungai Kapar Indah


            Apabila sebut sukan ragbi, persepsi orang bahawa pasukan hebat mesti datang daripada sekolah berasrama penuh. 

             Pada 1/11/2007 saya di postingkan ke SMK Sungai Kapar Indah. Persepsi saya sangat tinggi kerana sekolah baru dan bangunannya cantik. Tambahan pula ada padang yang luas tetapi pada masa itu padang sangat teruk kerana banyak kawasan yang tiada rumput.

           Pasukan Ragbi SMK Sungai Kapar Indah ditubuhkan pada 2008. Pada masa itu saya baru mula mengajar di SMK Sungai Kapar Indah. Pada permulaannya saya agak terkejut dengan budaya sekolah harian dimana pelajar-pelajar mempunyai pelbagai ragam dan kerenah yang perlu ditempuhi, ia menjadi satu cabaran yang besar untuk guru baru yang baru hendak mula mengajar terutama pelajar di kelas hujung. Sampai satu tahap saya ada perasaan ingin berhenti mengajar dan berputus asa untuk menjadi  seorang guru. Di atas nasihat ibu bapa yang juga seorang guru, dia menasihati saya supaya mencari sesuatu yang seronok di sekolah supaya kita rasa bersemangat untuk berkerja dan berbakti sehingga pencen 60 tahun. Saya ada suatu minat dan keseronokkan iaitu  bermain ragbi, memang niat saya pada awal posting ingin menubuhkan pasukan ragbi di sekolah ini. Tanpa berfikir panjang waktu itu saya membeli sepuluh biji bola dan hit pad 2 dengan duit sendiri lebih kurang RM 800.00 , pada waktu itu saya masih bujang dan tiada komitmen, jadi tiada masalah untuk sekali sekala melabur sedikit wang  atas tujuan tersebut. Jadi tibalah masa yang dinantikan saya mengumumkan latihan pelajar akan di adakan pada sesi petang. Maka bersedialah saya dengan kelengkapan yang ada. 

           Masalah timbul apabila yang datang itu adalah pelajar yang terlibat dengan kegiatan mat rempit, pada zaman itu ramai pelajar lebih suka bermain motor. Jadi rupanya situasi yang sama berlaku seperti di dalam kelas, dimana pelajar tidak serius untuk belajar dan bermain-main. Maka saya tidak dapat membuat perkara yang seperti dirancang. Saya agak buntu, tambahan pula sukan ragbi ini masih baru pada mereka dan ia menjadi agak rumit kepada saya untuk melatih mereka bermain, kerana mereka tidak ada pendedahan tentang sukan ragbi. 


           Pada suatu hari ada seorang pelajar berjumpa dengan saya iaitu Fikri bin Abd Rahman, dia beritahu saya, beliau adalah bekas pelajar SMK Dato Hamzah dan pernah bermain ragbi. Jadi pelajar ini saya jadikan sebagai jurulatih dan penunjuk cara. Hampir setiap hari saya buat latihan tetapi pelajar masih tidak serius. Lama kelamaan perasaan saya mula untuk berputus asa datang kembali. Rupanya dalam diam tuhan menolong saya, pada waktu itu abang kepada pelajar yang saya lantik sebagai jurulatih itu Rizqi bin Abd Rahman, beliau antara yang banyak membantu dan memberi dorongan pada saya untuk membawa pasukan ragbi sehingga ke hari ini. Banyak peristiwa pahit dan manis sepanjang membawa pasukan ragbi bersama beliau, antaranya kami membuat tabung untuk mencari dana, mencari dana dengan menjual keropok lekor,pelajar membawa bekal  makanan untuk menjimatkan kos, ada yang membawa kuih muih untuk dikongsi didalam bas kotak. bas kotak itu ialah sebuah bas biasa yang tiada kemudahan aircond, jadi para pelajar perlu membuka tingkap utuk mendapatkan angin, pelajar tidak kisah dengan semua itu, apa yang penting,  asalkan mereka dapat bermain ragbi. Kami pernah juga meminjam jersi sekolah lain, tanam rumput untuk padang ragbi dan pelbagai lagi peristiwa yang saya percaya akan diingati sampai bila-bila oleh pelajar dan guru guru yang terlibat. 

       Kini setelah hampir 9 tahun pasukan ragbi telah bertapak dan telah mencapai pelbagai pencapaian daripada peringkat daerah hingga ke antarabangsa. Pasukan alumni  telah dibangunkan, dan mereka ini lah yang akan menjaga adik-adik mereka. Dalam masa yang sama, saya mengalakkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan mohon ke UPSI untuk menjadi guru dan kembali berbakti kepada pasukan ragbi sekolah. 

No comments:

Post a Comment